Selagi Ada Mazmumah Ibadah Tidak Bernilai


Ibadah sebanyak mana pun, tidak ada nilai di sisi Allah Taala,

kalau mazmumah masih bersarang di dalam hati

Sedikit ibadah pun tidak mengapa, asalkan yang fardhu tidak ditinggalkan,

tapi mazmumah dapat disembuhkan

Mazmumah itulah yang memudharatkan diri dan orang kerana nafsu yang belum terdidik

Nafsu yang belum terdidik, mazmumahlah yang menguasai diri seseorang

Apalah erti ibadah kalau mazmumah masih bermaharajalela merosakkan orang

Ibadah banyak, masih lagi pemarah, hasad, demdam, tamak, sombong, riyak, ujub, cinta dunia, ingin nama, glamor

Tujuan ibadah adalah untuk mengubat penyakit batin yang memusnah

Ibadah yang di hayati,

boleh mendidik nafsu yang liar yang menjadi bala bencana kepada dunia

Ibarat penyakit makan berbagai-bagai jenis ubat tapi tidak menghilangkan penyakit

Tujuan makan ubat untuk menghilangkan penyakit badan

Begitulah ibadah yang berbagai-bagai jenis

untuk mengubat mazmumah nafsu yang ganas

Ibadah dibuat nafsu masih berpenyakit, ibadah tidak ada nilai di sisi Allah

Itulah lumrah berlaku di zaman ini

Di dalam mengerjakan ibadah, mazmumah masih mengganas

Kerana itulah kita tidak hairan, adakalanya, di masjid itulah sumber kejahatan

Kerana orang yang bersembahyang, masih membawa penyakit batin, yang memecah- belahkan perpaduan

Orang yang bersembahyang merenggangkan persaudaraan

Akibatnya umat Islam sudah tidak dihormati orang

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi